Bayangkan, anda berjalan dengan tapak kaki yang hanya berukuran tiga inci. Pasti terasa kurang selesa atau amat menyeksakan, namun itulah kebenarannya bagi wanita masyarakat China 1,000 tahun lalu. Berkaki kecil mengekspresikan kecantikan dan keseksian. Memilki kaki yang kecil menjadi satu kelebihan kepada wanita China pada zaman dahulu. Memeliki kaki yang kecil membuatkan mereka menjadi pujaan lelaki dan dijamin akan peroleh kebahagian rumah tangga.
Wanita yang mempunyai kaki yang lebih kecil dipandang lebih menawan dan bahagia dalam perkahwinan. Kepercayaan ini amat berpengaruh pada sekitar kurun ke-10, terutamanya setelah pemerintah emapayar terpesona melihat kaki penari yang bersaiz kecil dan kepercayaan ini berlanjutan hingga ke 1949 selepas peperangan sivil komunis. Namun, wanita di barat daya Yunnan masih mempraktikkan budaya tersebut.
Untuk mendapatkan saiz kaki yang diidamkan, wanita tersebut akan diikat kakinya sejak diperingkat kanak-kanak lagi. Perkara tersebut untuk membentuk kaki dari awal supaya mendapat saiz kaki yang kecil serta bentuk yang cantik. Si ibu atau saudara perempuan akan mengikat separuh kaki kanak-kanak terbabit terlebih dahulu kemudian kakinya akan dibalut dengan kain panjang sehingga menghasilkan bentuk kaki yang sepatutnya.
Wanita China sanggup berkorban dan menderita kesakitan untuk kelihatan cantik di pandangan lelaki. Semasa hendak berkahwin, lelaki akan melihat kaki calon pengantin perempuan terlebih dahulu, jika kaki wanita tersebut kecil, perkahwinan tersebut akan terjamin. Tetapi, kaki tersebut hanya akan di tunjukkan pada suami atau kekasihnya sahaja. Tambah menarik lagi, apabila pihak lelaki akan memakan badam dan meminum arak dari celah-celah jari kaki wanita terbabit.
Disebalik amalan unik ini, dapat ditafsirkan bahawa konteks kecantikan tersebut adalah penindasan. Hal ini kerana, amalan mengikat kaki tersebut adakah bertujuan mengehadkan pergerakan wanita bagi memenuhi kepuasan lelaki memandangkan kaum wanita dipandang rendah pada waktu tersebut. Amalan ini yang membentuk kaki wanita hingga bersaiz tiga inci dan menyerupai bentuk bunga teratai luput sejak Negara China menjadi republik.
No comments:
Post a Comment