About Me

My photo
still study, 19 years old, hardworking man,

Saturday, August 29, 2009

Arsenal vs Manchester United

30 Ogos 2009
12.10 p.m
Astro ch 812

Selepas mencatatkan 15 gol dari 4 perlawan musim ini, kini ujian sebenar hadir. Mampukah skuad muda bimbingan Arsene Wenger mencatatkan kemenangan bergaya ke atas Manchester Utd ketika mereka bertandang ke Old Trafford. Alex Ferguson optimis skuadnya mampu menyekat kemenangan berterusan Arsenal di mana Wenger mengimpikan kemenangan bergaya ke atas musuh tradisi. Mampukah Skuad muda Arsenal diketuai kapten sensasi Francesc Fabregas merobohkan tembok yang di bina pemain bintang Manchester United?Adakah barisan pemain Arsenal akan menyerang garang seperti ketika berdahadapan Everton ataupun barisan hadapan Manchester Utd akan beraksi tumpul seperti ketika berhadapan Burnley yang menyaksikan Michael Carrick tidak mampu menyumbatkan gola mudah pada sepakan penalti? Segalanya akan terjawab tidak lama lagi...

No comments:

Post a Comment